Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 22 Mei 2011

Korang jgn jadi macam ni...

"Pak Cik, Quran yang cantik sikit covernye ade tak?"tanya seorang perempuan kpd tuan kedai.
Tuan kedai jawab, "ini dah cukup cantik la dik..nak yang besar ke kecik?
"Yang sedang2 je pakcik..tp ni tak la cantik sgt. kalau yang kulitnye warna gold ada kan?perempuan tu bertanya lagi.
Tuan kedai tu menjawab,"ada, nanti saya cuba cari.
"Ok,minta2 ada la..saya nk buat HANTARAN tu pakcik". jelas perempuan tu.
Aku yang tgh membelek-belek buku terkedu bila perempuan tu cakap macamtu. Sambil menggaru kepala yg tak gatal,aku tertanya-tanya Quran sekarang untuk dibaca ke untuk dibuat hantaran?
Tak nafikanlah, memang bagus jadikan Quran sebagai hantaran,harapan untuk pasangan rajin baca Quran pas kahwin,jadikan Quran sbg panduan hidup.Tapi yang aku tak boleh terima cara perempuan tu..huh!
Tak pe la,aku bersangka baik la ngan org pempuan tu..mintak2 bila dah kawin nanti, Quran yang die beli tu bukan sekadar jadi perhiasan dalm almari.Jgn biarkan Quran yang kau mintak covernye yang lawa tu berhabuk sudah!

Jumaat, 20 Mei 2011

berubahlah..

Bagi sesiapa yang berkhidmat di mana-mana agensi agama,JAKIM ke,Jbtn Agama Islam Negeri ke,pada pg Jumaat kebiasaannya ada aktiviti bacaan yaasin. Ini merupakan aktiviti biasa sempena menghormati hari yang digelar penghulu segala hari. Setelah abis bacaan yaasin,sesi tazkirah akan disampaikan oleh kakitangan yang telah ditentukan mengikut giliran.

Cuma apa yang nak saya ceritakan disini, pada hari ini tazkirah ringkas disampaikan oleh PTA sendiri (apa PTA tu?Peg Tadbir Agama/Tuan Qadhi/Bos la). Perkara yang disampaikan cukup memberi kesan kepada kami terutamanya saya. Sebab apa? PTA beritahu jumlah anak luar nikah yang dilahirkan setiap hari di M'sia adalah seramai 384 orang!. dan S'gor secara puratanya seramai 84 orang sehari.nak kate terkejut sgt tu tak la.tapi sedih mengenagkan saudara seakidah sendiri yang menjuarai catatan melahirkan anak luar nikah ini.emmm..

Kalau kita kaji, sebenarnya manusia ni dah banyak melanggar fitrah kejadian manusia.sebab apa saya ckp cmni? contoh paling mudah la,Allah jadikan malam untuk hambanya ini berehat selepas penat siang hari bekerja..bg yang bekerja la.bg yg student tu, malam adalah mase utk berehat,study ke slps siang penat gi kuliah..

Tp org2 kat m'sia ni da terbalik. apabila malam je,makin ligat aktivitinya..uptown la, gerbang mlm la,tu belum lagi kelab mlm. benda2 yg mcm ni la yang menggalakkan lg aktiviti merapu2 lagi ni..come on la saudara seagaa ku..ubah sikap,ubah peranga.jgn pikir nak berseronok je..




gambar sebelah ni haa: kalu cm ni la gaya hidup korang, mane la x belambak   anak luar nikah.

Khamis, 19 Mei 2011

7 Okt 2010..

"Sbg seorang Peg.Hal Ehwal Islam, kta seharusnya lbh tkehadapan bbanding pegawai2. yg lain..".
terngiang2 lg kate2 tu kt tlinga aku mase aku hadiri kursus asas perkhdmatan hal ehwal Islam kat PPA Jelebu dlu.
7 okt 2010 aku melaporkan diri di Masjid Sultan Mizan(Masjid Besi laa) kt putrajaya. masuk je kt dewan tu..pehh ramai yg aku tgk hebat2 belaka.klu nk bndingkn ngan diri aku, jauh panggang dr api le.tp da Allah tentukan aku kt sini pasti ade hikmahnya.
Pas uruskan selage bnde yg pihak PSM nk,aku n 74 peserta yg lain diberi taklimat berkaitan keje ni.ye arr keje kerajaan/gomen bnyak bnde la nk kene ikut.(sblm ni pon aku da pnh keje gomen tp kontrak je arr).
Pas dah settle tklimat sume tu,kteorg sume kne gi kusus asas perkhdmtan hal ehwal islam ni kat PPA Jelebu N9.lebih kurg smgu gak la kat cni.azab rasenye kusus ni..di psiko mcm,kne marh bagai..tahan tlinga je arr.ni sume bnde yg da dirncg, sje nk test sbr kteorg sume..bmula ngan ice breaking sampeila kne redah masuk hutan,berendam dlm air mcm2 lg la..tp seronok la gak..
Wlupn cm tu,kngan mse ni la yg plg x leh lpe..klu x wat mcm ni, gerenti x leh nk knal satu same lain..melalui cara cmnila dpt tau org ni prangai cmne, ego ke,pnting diri ke, emo ke.
stelah smggu disni, kusus ni bsambung lg di ILIM Bangi sebelum aku dpt tau di posting kemane2..

Ahad, 20 Mac 2011

Blog ohh blog...

Assalamualaikum..rasanya sudah 2 tahun saya tidak menjengah blog ini. Pada asalnya, blog ini dihasilkan untuk memenuhi syarat lulus madah Teknologi Maklumat Dakwah yang diajar oleh Dr Zulkiple Ab Ghani.Pada masa tu, semua rakan sekuliah mempunyai blog sendiri. Semua pakat berlumba nak meng'update'.Tapi lama kelamaan tinggal macam tu je.Tambah pulak bila sudah konvo dan bawa haluan masing-masing, nak acces internet pun susah.
Baru-baru ni, salah satu subjek kursus DPI iaitu kemahiran ICT ade la belajar untuk create blog sendiri.Masa tu barulah teringat blog ni yang dah sekian lama x dibukak n di update.Insya-Allah lepas ini blog ini akan sentiasa di update..Tunggu..

Rabu, 1 April 2009

Insan yang banyak berkorban...

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ...