Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 24 Oktober 2008

ISLAM DI CABAR!!!

Gambar Yang Menghina Islam &

Info Yang Kontroversi

Benarkah Gambar Ini di Lakukan Oleh Coke?

Berita ini saya petik dari web persatuan pengguna Islam Malaysia (BAHAGIAN ADUAN PENGGUNA), bukan PPIM yangmengeluarkan aduan ini tetapi ia diterima dari pengguna.

Tanpa syak lagi, jika gambar ini benar-benar dicipta dan diedarkan oleh pihak Cola Cola dan bukannya direka cipta oleh pihak-pihak lain yang dengki atau pesaing mereka secara 'super impose' dan sebegainya, ia sememangnya suatu bentuk penghinaan Islam secara terang-terangan dan layak diboikot.

Saya sememangnya bukan termasuk dari kalangan yang meminum cola cola tetapi secara rasionalnya, terdetik rasa amat sangsi kerana gambar ini kelihatan terlalu agak melampau dan 'kerterlaluan' bagi sebuah syarikat profesional dan besar seperti cola cola untuk melakukannya. Agak tidak logik juga rasanya.

Sudah pasti mereka masih ada kepekaan dengan hati pelanggan Muslim mereka diserata dunia. Kesangsian saya bertambah tinggi apabila habis saya buka web coca cola dan tiada boleh didapati gamabr-gambar sebegini. Sudah tentu saya hanya merujuk web rasmi coca cola sahaja.

Beginilah, sifirnya mudah sahaja, jika benar dan terbukti maka tersangat wajar untuk umat Islam memboikot minuman ini. Jika gambar dan berita yang disiarkan di bawah ( petikan dari PPIM web site) tidak benar, maka anda masih bebas selagi tiada yang bukti rasmi.

Saya cenderung mengatakan gambar yang disiarkan adalah palsu dan boleh dilihat tanda-tanda kepalsuannya itu dengan agak jelas. Cuma info berkenaan khinzir, saya tiada sebarang pengetahuan tentangnya.Wallahu 'alam.

Saya amat mengalu-alukan jika ada rakan-rakan yang sudi menghubungi Cola Cola bagi mendapatkan penjelasan rasmi.

Saya telah merujuk web coke malaysia, pihak COKE kelihatan telah menjawab semua isu ini. Saya tidak dapat memaparkannya di sini kerana 'tidak boleh copy'. Justeru anda bolehlah membacanya sendiri.

Bagaimanapun, info dari web coke malaysia juga masih boleh disemak oleh anda. Buat masa ini saya tiada sebarang komen yang mampu dikongsikan.

Ekonomi Islam (Insurans)

Insurans Nyawa (oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman)

Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insurans ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mengwujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama saling membantu dan perihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan seperti yang tersirat dalam konsep insurans adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang bermaksud :

"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia." (Riwayat Ibnu Majah)

Konsep insurans sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliah ia adalah antara beberapa bentuk amalan kerjasama di kalangan puak atau suku kaum Arab sebagai strategi membantu sesama mereka apabila ada golongan atau ahli yang menanggung kesusahan, seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insurans telah berkembang daripada amalan Islam. Walaubagaimanapun ulamak umumnya sepakat bahawa operasi insurans dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak.

Jika konsep insurans diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis polisi yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang didapati bercanggah dengan kehendak syarak ? Misalnya, Jawatankuasa Fatwa, Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat pada 15hb. Jun, 1972, memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana dijalankan oleh syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik, yang mana hukumnya menurut Islam adalah HARAM.

Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulamak dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan di bawah Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22 hingga 28hb. Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid. Yang demikian, menurut Majmak Fiqh, ia HARAM di sisi syarak.

Daripada kedua-dua keputusan, ini jelas menunjukkan ulamak sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Ulamak memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang tidak menepati hukum syarak kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli. Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri.

Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.

Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan mu'qadalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengandungi unsur 'gharar'. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual beli menjadi cacat. Gharar dilarang oleh Rasulullah saw mengikut sabda baginda yang bermaksud :

"Rasulullah saw melarang jual beli secara baling batu dan jual beli gharar" (Riwayat Muslim)

Sehubungan itu, ulamak menjelaskan gharar dalam salah satu daripada tiga sebab berikut :

  • Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang)

  • Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan

  • Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain.

Dalam konteks ini, ulamak berpendapat perkara ke-3 di atas menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar menafikan kedua-dua prinsip ini. Mana-mana kontrak jual beli yang mengandungi amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalah jual beli gharar.

Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan, tempoh atau tanggungjawap tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyumbangkan wang.

Politik Islam

Kaedah Memilih Pemimpin Yang Layak

Kebiasaannya pemimpin yang rakus, tamak, gila kuasa dan suka berfoya-foya, maka pengikut-pengikutnya sama seperti mereka. Dalam Islam pengangkatan pemimpin yang pertama diukur solatnya. Sewajarnya Rasulullah s.a.w. memilih Abu Bakar menggantikannya sebagai imam solat, maka Abu Bakar jugalah yang menjadi khalifah umat Islam selepas baginda.

Begitu juga dengan perlantikan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang diutus menjadi gabenor seperti Muaz bin Jabal di Yaman, Amr bin Hazm gabenor di Najran, Uttab bin Ussiad gabenor di Makkah dan sebagainya semua mereka ini mendirikan solat dan menjadi panglima perang.

Kaedah pemilihan pemimpin umat Islam ini diwarisi oleh khalifah-khalifah Islam selepas Rasulullah s.a.w. Umpamanya khalifah Umar bin Al Khattab berkata "Sesungguhnya aku mengutus para pegawai-pegawaiku kepada semua adalah untuk mengajar kalian kitab Allah dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. serta menegakkan ajaran agama di antara kamu semua."

Keduanya adalah bersifat adil kepada segenap lapisan masyarakat dan rakyat. Bukan bermaksud pemimpin yang adil kepada kaum keluarga dan sahabat handainya tetapi zalim kepada rakyat bawahan. Seumpama pemimpin bermewah-mewah dengan kekayaan negara, manakala rakyat diajak berjimat-cermat. Segala cukai dibebani di atas bahu rakyat, manakala pemimpin mengumpul harta dengan rakus dan tamak. Justeru itu benarlah apa yang diriwayatkan bahawa sehari dari kehidupan pemimpin yang adil lebih baik daripada ibadat selama enam puluh tahun.

Imam Ahmad pernah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Makhluk yang paling dicintai oleh Allah adalah imam yang adil, dan yang paling dibenci oleh Allah adalah pemimpin yang zalim."

Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Ahli syurga itu ada tiga: penguasa yang adil, orang yang bermurah hati kepada setiap kerabat dan orang Islam, orang kaya yang berhati-hati serta ahli sedekah."

Sekiranya sulit untuk memilih pemimpin yang mempunyai kelayakan yang sama, maka hendaklah diadakan sistem undian (pilihan raya). Hal ini telah berlaku kepada diri Saad bin Abi Waqqas untuk dipilih sebagai panglima perang Al Qadisiyyah. Sistem pilihan raya ini dilaksanakan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seandainya orang-orang mengetahui besarnya pahala orang yang azan dan mereka yang berdiri pada saf pertama dalam solat, kemudian tidak mampu memilih siapa yang layak, kecuali dengan mengundi, nescaya mereka akan melakukan undian."

(Riwayat As-Syaikhan)

Oleh itu sistem pilihan raya melalui corak demokrasi tidak bertentangan dengan kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Namun sistem demokrasi yang wujud di kebanyakan negara umat Islam sering kali disalahgunakan oleh golongan yang berkuasa bagi memenuhi nafsu untuk mengekalkan kuasa mereka. Jika pemimpin diangkat melalui undian, maka terlaksanalah amanah kepimpinan melalui kepercayaan rakyat.

Negara Islam

Isu “Negara Islam” di Malaysia menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan Muslim tetapi juga bukan Muslim. Bagi seorang muslim yang memahami serta mendapat gambaran sebenar tasawwur “negara Islam” di zaman Nabi Muhammad saw dan zaman-zaman khalifah selepas baginda, ianya tidak menimbulkan sebarang keraguan. Malah, “negara Islam” yang dimaksudkan itu sentiasa menjadi impian bagi seseorang Muslim yang mempunyai persepsi yang jelas mengenai rupa bentuk negara Islam. Manakala bagi orang yang tidak mendapat gambaran yang jelas dan tidak memahami konsep serta tasawwur “negara Islam” yang dimaksudkan, samada mereka itu orang Islam atau bukan Islam, maka sudah pasti mereka akan ragu-ragu dan menolaknya. Apatah lagi apabila ada pihak yang tidak suka kepada Islam atau “negara Islam” itu menjalankan propaganda negatif dan memberikan gambaran yang salah kepada orang ramai khususnya kepada orang bukan Islam.

Justeru tidak hairanlah jika ada orang yang menolak cadangan “negara Islam” yang ingin diketengahkan oleh beberapa golongan samada badan bukan kerajaan atau parti politik atau individu. Apabila ini berlaku, maka sukar bagi umat Islam untuk menyalahkan orang bukan Islam yang menolak “negara Islam” kerana di dalam pemikiran orang bukan Islam seperti beberapa orang pimpinan parti DAP, MIC, dan MCA yang sudah pasti tidak memahami tasawwur “negara Islam” sebenar. Apabila seseorang itu tidak mempunyai maklumat yang betul atau benar, sudah tentu ia akan ragu-ragu dan kadangkala akan memusuhi pihak yang satu lagi. Ini bermakna menjadi umat Islam harus menyahut cabaran bagi memberikan penjelasan demi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan “negara Islam.” Ringkasnya usaha dakwah dalam menyampaikan maksud sebenar konsep dan tasawwur negara Islam serta kebaikan dan keadilan dalam pemerintahan Islam.

Perlu ditekankan di sini bahawa isu “negara Islam” sering disalahtafsirkan. “Negara Islam” tidak boleh diukur dengan majoriti atau minoriti umat Islam di sesebuah negara. Catatan sejarah dengan jelas menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam dalam sesebuah negara pernah menerima Islam sebagai sistem pemerintahan walaupun orang bukan Islam merupakan majoriti di negara berkenaan. Bermula daripada Kerajaan Islam Rasulullah SAW di Madinah yang didiami oleh masyarakat majmuk, kemudian Kerajaan Islam minoriti yang diketuai oleh Abu Musa Al-Asya’ari di Yaman, Kerajaan Islam minoriti Umaiyyah di Andalus dan Kerajaan Islam minoriti Mataram di Jawa, telah membuktikan bahawa “negara Islam” pernah wujud dalam negara di mana majoriti rakyatnya ialah bukan Islam dan yang memerintah negara berkenaan ialah orang Islam.

Seseorang yang bukan Islam, misalnya Ah Chong atau Ramasamy atau Putong A/L Ambok yang sembahyang lima waktu dan puasa dalam bulan Ramadan tidak menjadikan beliau seorang Muslim kerana beliau tidak mengucap dua kalimah syahadah yang bertunjangkan kepada kesedaran tauhid. Begitu jugalah jika sesebuah negara yang membina bank Islam atau sekolah Islam atau masjid untuk orang Islam masih belum boleh dianggap sebagai sebuah negara Islam jika negara tersebut tidak “mengucap dua kalimah syahadah” iaitu meletakkan dasar bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Ringkasnya maksud kalimah syahadah ini menafikan adanya Tuhan, peraturan, kuasa, manusia, kebendaan atau perasaan serta nafsu yang lebih besar atau lebih mulia dari Allah SWT dan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur’an dan apa jua yang disampaikan oleh Rasulullah saw.

Bagi mengelakkan salah-salah terhadap isu negara Islam ini, ada baiknya kita merujuk kembali sejarah ringkas kedatangan Islam di Malaysia.

KESIMPULAN

Isu “negara Islam” bukanlah suatu yang baru dalam negara kita. Biarpun perkataan “negara Islam” tidak popular di zaman Nabi Muhammad saw mahupun di zaman awal pemerintahan Islam di Semenanjung sebelum berlaku penjajahan barat, kewujudan masyarakat, wilayah, negeri atau negara yang melaksanakan hukum dan peraturan serta penghayatan hidup cara Islam sepenuhnya telah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air. “Negara Islam” pernah wujud. Kini umat Islam harus mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah di cipta di abad ke 15 Masihi. Ia harus bermula dengan individu Muslim sendiri seperti mana kata Hassan Al-Hudaibi, “tegakkanlah negara Islam dalam diri mu sendiri” dan ikuti dengan menegakkan “negara Islam” dalam negara. Ini sekaligus menuntut individu Muslim supaya memiliki kefahaman yang jelas tentang tasawwur negara Islam yang dimaksudkan, mampu berbicara dan berhujah mengenainya, mampu mempertahankannya, serta memperjuangkan. Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa “Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu . Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan.” (As-Siasah As-Syariah: 172-

Hak Undang-Undang Kita?

Artikel 121(1A)
Apa itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan?

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.

Adakah Artikel 121 (1A) wujud dari dahulu?
Tidak. Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah.

Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.

Kenapa perlu bagi ruang pada mahkamah Syariah?
Dari sudut sejarah, Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan 1807 dan piagam Keadilan 1824.

Malah dalam satu kes, Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR (CA) telah diputuskan:

"Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which the Court must take judicial notice. The Court must propound the law and it is not competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law."

Ini bermaksud, undang-undang Islam itu adalah satu lex loci (law of the land), atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu.

Justeru, hak orang Islam sebenarnya telah mula dinafikan secara tersusun semenjak 1786 lagi, dan hanya pada 1988 barulah Mahkamah Syariah dapat bernafas semula.

Adakah Artikel 121 (1A) mengganggu hak orang bukan Islam?
Tidak. Sebenarnya ia memberi semula hak orang Islam yang telah lama dihilangkan walaupun undang-undang Islam adalah lex loci. Kewujudan mahkamah Syariah sebenarnya tidak langsung mengacau hak orang bukan Islam di Malaysia.
Apakah impak Artikel 121 (1A) kalau ia digugurkan?
Antara impaknya adalah orang Islam akan kehilangan hak. Ia tidak sama sekali mewujudkan keharmonian dalam negara kerana orang Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Sedangkan kewujudan 121 (1A) tidak pernah menghilangkan hak orang bukan Islam. Selain itu, kedudukan mahkamah Syariah akan kembali mundur seperti sebelum tahun 1988, di mana Mahkamah Sivil boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Apa salahnya orang Islam menuntut di Mahkamah Sivil? Bukankah wujudnya mahkamah Syariah menyusahkan sahaja?
Kalau begitu, saya ingin bertanya balik, "Apa salahnya orang bukan Islam hanya dibenarkan menuntut di Mahkamah Syariah? Bukankah wujudnya Mahkamah Sivil menyusahkan sahaja?"

Itu hak kami. Kewajipan kami sebagai orang Islam, dihukum dengan undang-undang Islam.

Dalam kes Moorthy, apa sebenarnya yang berlaku?
Mohamad Abdullah atau M.Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, JAWI menuntut agar mayatnya dikebumikan menurut upacara Islam. Keluarganya tidak berpuas hati dan ada pihak cuba mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan undang-undang ini dengan cuba menjadikannya satu isu diskriminasi dan kehilangan hak orang bukan Islam.

Kalau lemahnya dari sudut perlaksanaan, seharusnya semua pihak berusaha agar kelemahan itu dibaiki. Bukannya bersikap, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar."

Kita akui mahkamah Syariah masih belum sempurna, kita perlu satu mekanisma yang baik bagi membolehkan isu sebegini ditangani secara bijak. Tetapi kini, isunya sudah bertukar. Saya boleh sebut, kes Moorthy hanya dijadikan "sebab" untuk mereka yang telah lama memperjuangkan IFC (Inter Faith Councul) dan sekutu mereka. “They are playing the cards now”.

Mereka sengaja memainkan isu demi isu untuk melemahkan undang-undang Islam tanpa berfikir dan bertindak dengan baik bagi mengatasi masalah yang perlu ditangani secara rasional dan bukannya emosional.

Jadi, Artikel 121 (1A) bukan isu?
Tidak sama sekali. Ada pihak yang sedang memanipulasikan isu Moorthy agar ia kelihatan seperti isu Artikel 121 (1A), seterusnya mendesak ia dipinda. Saya percaya, sekiranya tuntutan mereka gagal kali ini, seperti IFC, mereka akan tunggu isu yang lain, dan mereka akan memanipulasikan isu tersebut untuk kepentingan mereka. Dan mereka bersuara di belakang slogan hak bukan Islam, hak minoriti dan sebagainya.

Apa yang terbaik sebenarnya?
Seperti yang disebut dari awal, Artikel 121 (1A) tidak pernah menganggu gugat hak orang bukan Islam. Ia cuma memberikan hak orang Islam dan mahkamah Syariah kembali kepada asal.

Tetapi Artikel 121 (1A) tidak cukup. Ada banyak lagi perlu dibaiki untuk kebaikan bersama. Ini yang perlu dibincangkan. Bukannya menuntut sesuatu yang menyebabkan status Mahkamah Syariah mundur ke belakang.

Justeru, kalaulah kes Moorthy itu isunya, maka fikirlah satu mekanisma lain yang membolehkan isu sebegitu dibaiki di masa depan, dan bukannya isu Moorthy tersebut dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu.

Contohnya menetapkan, orang yang memeluk Islam perlu beritahu kepada keluarga. Tidak boleh sorok-sorok. Jabatan-Jabatan Agama Islam wajib membimbing dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Dan isu seperti perwarisan harta yang boleh diatasi dengan baik. Dan sebagainya.

Artikel 121 (1A) adalah satu peruntukan yang baik untuk keharmonian agama. Ia perlu dikekalkan dan perlaksanaannya perlu dibaiki dari masa ke masa.

Kata-kata akhir?
Sebenarnya, umat Islam yang sebenarnya banyak dinafikan hak mereka. Kita ada beberapa undang-undang yang menafikan orang Islam dari dihukum dengan peruntukan undang-undang Islam.

Seperti Civil Law Act 1956, Courts of Judicature Act 1964, S.51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Specific Relief Act 1950 dan beberapa akta lagi.

Kita sedar, undang-undang ini perlu dipinda demi mengembalikan hak orang Islam. Dan usaha pembaikan itu perlu dilakukan secara baik agar tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Kita tidak pernah mendesak seperti mereka yang mahukan Artikel 121 (1A) ini dipinda yang secara jelas cuba menghina orang Islam dan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Hak minoriti dan bukan Islam sentiasa dipastikan agar ia tidak terganggu sebab itulah usaha membaiki undang-undang ini dibuat secara perlahan dan menerusi pendidikan.

Pendidikan Anak

MEMAHAHAMI ANAK-ANAKMU

Ada dua perkara yang perlu kita amati:

Pertama, amati sifat-sifat khasnya masing-masing. Tidak ada dua manusia yang sama serupa seluruhnya. Tiap manusia unik. Fahami keunikan masing-masing, dan hormati keunikan pemberian Allah SWT.


Kedua, fahami di tahap apa saat ini si anak berada. Allah SWT mengkodratkan segala sesuatu sesuai tahapan atau prosesnya. Anak-anak yang merupakan amanah pada kita ini, juga dibesarkan dengan tahapan-tahapan.


Tahap sebelum kelahirannya merupakan alam arwah. Di tahap ini kita mulai mendidiknya dengan kita sendiri menjalankan ibadah, amal ketaatan pada Allah dan juga dengan selalu menjaga hati dan badan kita secara prima. Itulah kebaikan-kebaikan dan pendidikan pertama kita pada buah hati kita.


Pendidikan anak dalam Islam, menurut Sayyidina Ali bin Abi Thalib ra, dapat dibahagi menjadi 3 tahap mengikut umur;

1. Tahap BERMAIN (“la-ibuhum”/ajaklah mereka bermain), dari lahir sampai kira-kira 7 tahun.


2. Tahap PENANAMAN DISIPLIN (“addibuhum”/ajarilah mereka adab) dari kira-kira 7 tahun sampai 14 tahun.


3. Tahap SAHABAT/ LAWAN (“roofiquhum”/jadikanlah mereka sebagai sahabat) 14 tahun ke atas.


Ketiga tahap pendidikan ini mempunyai karakteristik pendekatan yang berbeza sesuai dengan perkembangan kepribadian anak yang sehat. Begitulah kita coba memperlakukan mereka sesuai dengan sifat-sifatnya dan tahapan hidupnya.


Ketiga adalah memilih metod pendidikan. Setidaknya, dalam buku dua pemikir Islam, yaitu Muhammad Quthb (Manhaj Tarbiyah Islamiyah) dan Abdullah Nasih ’Ulwan (Tarbiyatul Aulad fil Islam), ada lima Metod Pendidikan dalam Islam.


Yang pertama adalah melalui Tauladan atau Qudwah
yang kedua adalah dengan Pembiasaan atau Aadah,
yang ketiga adalah melalui Pemberian Nasihat atau Mau’izhoh,
yang keempat dengan melaksanakan Mekanisme Kontrol atau Mulahazhoh,
sedangkan yang terakhir dan merupakan pengaman hasil pendidikan adalah Metod Pendidikan melalui Sistem sangsi atau Uqubah.


Sahabatku, jangan tinggalkan satu-pun dari ke lima metod tersebut, meskipun yang terpenting adalah Tauladan (sebagai metod yang paling efektif

Boikot NIKE!

This is what the 'NIKE' company did ....
'NIKE' company wrote the name of 'ALLAH' on the shoes & from the back so no one will notice this .......

Peranan Keluarga Dalam Islam

Keluarga mempunyai peranan penting dalam pendidikan, baik dalam lingkungan masyarakat Islam maupun non-Islam. Karena keluarga merupakan tempat pertumbuhan anak yang pertama di mana dia mendapatkan pengaruh dari anggota-anggotanya pada masa yang amat penting dan paling kritis dalam pendidikan anak, yaitu tahun-tahun pertama dalam kehidupanya (usia pra-sekolah). Sebab pada masa tersebut apa yang ditanamkan dalam diri anak akan sangat membekas, sehingga tak mudah hilang atau berubah sudahnya.

Keluarga mempunyai peranan besar dalam pembangunan masyarakat. Karena keluarga merupakan batu pondasi bangunan masyarakat dan tempat pembinaan pertama untuk mencetak dan mempersiapkan personil-personilnya.

Musuh-musuh Islam telah menyadari pentingya peranan keluarga ini. Maka mereka pun tak segan-segan dalam upaya menghancurkan dan merobohkannya. Mereka mengerahkan segala usaha ntuk mencapai tujuan itu. Sarana yang mereka pergunakan antara lain :

  • Merusak wanita muslimah dan mempropagandakan kepadanya agar meninggalkan tugasnya yang utama dalam menjaga keluarga dan mempersiapkan generasi.

  • Merusak generasi muda dengan upaya mendidik mereka di tempat-tempat pengasuhan yang jauh dari keluarga, agar mudah dirusak nantinya.

  • Merusak masyarakat dengan menyebarkan kerusakan dan kehancuran, sehingga keluarga, individu dan masyarakat seluruhnya dapat dihancurkan.

Sebelum ini, para ulama umat Islam telah menyadari pentingya pendidikan melalui keluarga. Syaikh Abu Hamid Al Ghazali ketika membahas tentang peran kedua orangtua dalam pendidikan mengatakan : "Ketahuilah, bahwa anak kecil merupakan amanat bagi kedua orangtuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata alami yang bersih dari pahatan dan bentukan, dia siap diberi pahatan apapun dan condong kepada apa saja yang disodorkan kepadanya. Jika dibiasakan dan diajarkan kebaikan dia akan tumbuh dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dari akherat, juga setiap pendidik dan gurunya. Tapi jika dibiasakan kejelekan dan dibiarkan sebagai mana binatang ternak, niscaya akan menjadi jahat dan binasa. Dosanya pun ditanggung oleh penguru dan walinya. Maka hendaklah ia memelihara mendidik dan membina serta mengajarinya akhlak yang baik, menjaganya dari teman-teman jahat, tidak membiasakannya bersenang-senang dan tidak pula menjadikannya suka kemewahan, sehingga akan menghabiskan umurnya untuk mencari hal tersebut bila dewasa."

Pembinaan Keluarga Islam

REMAJA KITA TERIKUT TREND BARAT?

Pada zaman globalisasi ini, negara-negara di seluruh dunia yang terpisah oleh jarak ribuan kilometer dianggap sangat dekat kesan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh sebab itu, apabila berlaku suatu perkembangan terbaru di sesebuah negara, terutamanya negara maju, maka perkembangan itu akan melanda negara-negara lain dengan pantas. Golongan remaja yang paling mudah terikut-ikut trend semasa. Mereka akan meniru cara pergaulan, berpakaian, berkomunikasi atau cara berhibur yang ditonton di televisyen atau dilayari melalui internet.

Hal ini terjadi kerana remaja memang memiliki sifat suka meniru dan cepat terpengaruh dengan sesuatu yang dianggap menarik. Mereka memiliki sikap suka mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang tentang kebaikan atau keburukannya. Antara aspek kehidupan yang kerap berubah termasuklah gaya berpakaian. Remaja suka meniru cara masyarakat Barat berpakaian sebagaimana yang ditonton di televisyen. Oleh sebab itu, bilangan remaja yang berani berpakaian menjolok mata hingga mendedahkan aurat semakin meningkat. Sesungguhnya hal ini merupakan suatu trend yang kurang sihat bagi masyarakat timur yang terkenal dengan adab sopan.

Selain itu, remaja mudah terikut-ikut dengan trend pergaulan remaja Barat yang saban hari ditonton di skrin televisyen. Mereka turut mengamalkan kehidupan bebas tanpa memikirkan batasan agama atau adat. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita ini memang suatu fenomena yang tidak sihat kerana keadaan ini mudah menjerumuskan remaja ke lembah hubungan seks bebas yang terang-terang melanggar hukum agama dan dapat mencetuskan masalah sosial yang lain, misalnya kes pembuangan bayi.

Dalam aspek komunikasi pula, remaja turut mengalami perubahan dalam cara berkomunikasi. Kewujudan telefon bimbit dengan harga yang berpatutan menyebabkan sebahagian besar remaja mampu memilikinya. Mereka sering berkomunikasi melalui sistem pesanan ringkas (sms) yang sudah tentu mempunyai kesan sama ada baik dan buruk. Kebaikannya mereka dapat berhubung dengan cepat selain kadar harga perkhidmatan yang murah. Keburukannya pula, remaja menggunakan bahasa yang ringkas hingga dikhuatiri mempengaruhi penggunaan bahasa secara formal terutamanya ketika menduduki peperiksaan.

Perkembangan dunia hiburan di Barat turut juga menjadi ikutan remaja hari ini. Mereka meminati muzik ‘Black Metal’ dan meniru gaya pemuzik itu. Ada yang menjadikan pemain muzik, penyanyi atau pelakon itu sebagai idola mereka hingga meniru fesyen rambut dan gaya berpakaian yang menjolok mata. Malahan, mereka sanggup bertindak liar hingga tidak lagi mengamalkan budaya hormat-menghormati atau bersopan-santun. Sebaliknya, mereka kerap mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan perlakuan lucah.

Dalam hal ini, setiap remaja mestilah mengetahui apabila olahraga merupakan penyegar rohani dan ilmu pengetahuan merupakan penyegar akal fikiran, nescaya seni adalah penyegar dan santapan bagi jiwa. Hanya yang dimaksudkan dengan seni di sini adalah suatu bentuk karya yang dapat mengangkat martabat manusia, bukan menjerumuskannya ke dalam kehinaan.

Apabila jiwa seni itu adalah rasa dengan adanya keindahan dan keni’matan dalam jiwa penghayatinya, hal inilah yang selalu diperhatikan dan ditekankan oleh kebanyakan ayat Al-Qur’an. Kita dengan tegas diingatkan kepentingan unsur keindahan dan kecantikan yang telah Allah SWT ciptakan pada setiap makhluk-Nya, selain unsur manfaat atau faedah yang juga ada padanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya.” (As-Sajadah:7).

Islam menghidupkan cita rasa keindahan dan mengukuhkan seni keindahan, tetapi dengan syarat tertentu yang membawa kemasyarakatan dan tidak mendatangkan kerosakan.

Setiap remaja mestilah mengamalkan adab berlandaskan Islam, bersikap lemah lembut dan berbudi bahasa. Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah Taala itu lemah lembut dan suka kepada lemah lembut. Dan Ia memberi hasil kerana lemah lembut itu apa yang tidak Ia berikan atas tindakan yang kasar atau tindakan lainnya”. Kelembutan dalam tindakan yang dimaksudkan adalah satu perkara yang sangat baik dan patut dilaksanakan, perkataan yang dituturkan dengan lemah lembut itu amat berkesan di lubuk hati.

Sesungguhnya, tidak semua trend hidup dari Barat boleh diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Oleh itu, ibu bapa wajar memainkan peranan penting untuk memantau anak masing-masing agar tidak terpengaruh dengan trend yang kurang baik. Tanpa usaha membendung pengaruh negatif itu, dikhuatiri suatu hari nanti masyarakat negara ini akan menganggap nilai-nilai yang negatif itu sebagai nilai-nilai yang baik untuk dijadikan contoh dan seterusnya diamalkan.