Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 22 Oktober 2008

Kematian Suatu Kepastian

Setiap makhluk hidup pasti akan mati. Ini adalah lumrah kehidupan yang diakui di Barat mahupun Timur. Untuk mengetahui kadar kehidupan seseorang dan kadar ketahanan hidup makhluk hidup tidak memerlukan kecerdasan tinggi. Anak-anak juga tahu bahawa kematian adalah suatau kepastian yang akan dialami oleh setiap orang atau makhluk hidup.

Malangnya manusia sering alpa bahawa kematian senantiasa mengintai, bahawa batas waktu kita hidup di dunia sama sekali tidak diketahui.

Manusia yang memiliki kesedaran akan batas-batas dalam kehidupan itulah yang disebut Rasullullah orang cerdas atau orang genius.

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ

“Orang yang cerdas ialah orang yang mengendalikan dirinya dan bekerja untuk kehidupan setelah kematian.” (HR Tirmidzi)

Mahukah kita digelar sebagai orang yang genius? Siapapun sangat gembira kalau digolongkan orang yang memilki kecerdasan tinggi.

Dengan prinsip ini maka sedar waktu terakhir kehidupan di dunia ini menjadi bahagian dari kecerdasan dalam kehidupan. Sejarah telah merakamkan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan akhirnya menuju ajal. Sirahnya boleh kita baca dan mumianya boleh kita saksikan di Mesir.

Tiada sesiapun dapat lari dari kematian. Samada,Raja,menteri,oarang kaya,orang miskin..semuanya menuju kematian.Cuma masanya sahaj yang kita tidak tahu. Firman Allah

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ

وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Katakanlah, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS Al-Jumu’ah 8)

Peringatan ini mengingatkan kepada kita, seharusnya kita sentiasa sedar tidak kira semasa kita sibuk,sedih,gembira,celik,tidur..ajal pastinya datang sepertimana yang telah dijanjikan.

Jadi...beringatlah...

3 comments:

elaniey berkata...

emm...kadang-kdang kalu ckp sal mati..eeee..takutnyer..cm xsedia lg nk mati..amal lum ckup.ntah pe yg nk d bawa 6t..dose?ee..xnk..tp ape yg pasti,mati sentiasa menanti kita..banyakkanlah berbuat kebaikan,cari pahala,selagi kita masih hidup..InsyaAlllah..kebahagian menanti d akhirat nanti.. ;)

mutiaratihani berkata...

moga kita ditakdirkan dalam iman dan ISLAM

sama-samalha perbanyakkan amalan
mati kemuncuk bahagia yang hakiki

Tanpa Nama berkata...

saya suka akan blog yg mempunyai posting pasal kematian.
=)
teruskan usaha anda.